Malaysia 2009 – The New Revolution!

News. Politics. Business. Social. Entertainment. Sports. Problems & Issues

Mukhriz Hantar Surat Minta Perdana Menteri (Pak Lah – Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi) Letak Jawatan!

with one comment

Petikan: www.bigdogdotcom.wordpress.com

Petang Rabu 12 Mac 2008, empat hari setelah Negara dikejutkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke XII, Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Mukhriz Mahathir telah menghantar sepucuk surat peribadi meminta PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan semua jawatan termasuk Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.

Surat ini telah disalin kepada Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Wira Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO dan Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung UMNO.

suratmukhriz01.jpg

suratmukhriz02.jpg

Mukhriz yang berterima kasih kerana diberi kepercayaan bertanding di P005 Jerlun atas tiket Barisan Nasional menjangkakan akan menerima kesan negatif kerana surat ini, termasuk risiko dipecat sebagai ahli UMNO.

Isnin 10 Mac 2008 lepas, Exco Pemuda UMNO Dato’ Mukhriz Mahathir, yang juga MP Jerlun berkias menegur Kepimpinan agar “Melakukan yang terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional”, selepas kekalahan di 5 + 1 negeri dan prestasi buruk seluruh Negara. Kemudian, pada Rabu 12 Mac 2008, Mukhriz menghantar sepucuk surat peribadi kepada PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan mengesa agar berundur dari semua jawatan.

Written by aku

March 16, 2008 at 12:16 pm

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. Harap Pak Lah terus bertahan.. dengan mendapatkan output yang jitu, bijaksana dan realistik termasuk dari pihak pembangkang untuk mempertahankan Malaysia. Peperangan dalaman hanya mampu menghancurkan negara sendiri.

    A waked up call yang telah terjadi, meyakinkan rakyat bahawa, akan ada perubahan positif dalam BN dan UMNO khususnya dan secara tidak sedar juga sebenarnya daripada pihak pembangkang.

    Bagi aku Mukhriz juga hebat kerana keberaniannya seperti bapanya, tapi tetap ‘masih baru’ walaupun Mahathir adalah tokoh yang tiada tandingan.

    aku

    March 16, 2008 at 12:56 pm


Leave a Reply